Teaher's Pet
Bila kita dalam malam perpisahan. Namun aku tetap bersamamu, Ku rasa bagai satu sentuhan, Dalam mimpi ku terbayang wajahmu, Dalam dirimu penuh kelembutan, Semakin hari namun semakin rindu, Tapak tanganmu akan ku genggam, Akan ku sentuh ketika sayu, Untukmu akan ku semaikan, Cinta yang sejati tiada bandingan, Dalam kerinduan ku sendiri, Dalam kesyahduan kita hadapi. Warisan wanita terakhir. Jiwa raga ku serah, Kau ingin milik segalanya, Di mana kasihmu tiada kau memberi. Apa yang ku perlu hanya kau dapat memberiHanya satu yang ku pinta kasihKau warisan wanita yang terakhir. Dalam dirimu penuh kelembutan, Semakin hari namun semakin rindu, Tapak tanganmu akan ku genggam. Akan ku sentuh ketika sayu. Untukmu akan ku semaikan, Cinta yang sejati tiada bandingan, Dalam kerinduan ku sendiri, Dalam kesyahduan kita hadapi. Warisan wanita terakhir. Jiwa raga ku serah, Kau ingin milik segalanya. Di mana kasihmu tiada kau memberi, Apa yang ku perlu Hati sucimu ingin ku miliki, Hanya satu yang ku pinta... Kasih...Kau warisan wanita yang terakhir, Kau warisan wanita... Yang terakhir
Rindu ku Masih lagi terasa
Walaupun telah menyambut raya yang ke-2 hari ini, tetapi aku masih lagi rindu pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan bulan yang paling istimewa bagi umat islam, oleh itu , menghayati bulan yang mulia ini membuat hati kita semakin dekat dengan Allah S.W.T.
Ramadhan adalah antara bulan-bulan yang penuh peristiwa kecemerlangan dan cabaran yang dicatat oleh sejarah islam, dengan kedatangan Ramadhan secara langsung akan mengingatkan kita kepada sejarah kehebatan/keunggulan umat Islam.
  • Sabda Nabi saw lagi yang bermaksud: "Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat sebelumnya. Pertamanya, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum dari kasturi di sisi Allah S.W.T. Kedua , segala perbelanjaan dan kesusahan /derita lapar selama berpuasa adalah syurga balasanya. Ketiga , diampunkan dosa mereka pada malam Lailatulqadar. Keempat, amalan yang dilakukan pada Ramadhan digandakan kepada sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda dan kelima, keseronokan ketika berbuka dan ketika bertemu dengan Tuhannya".

Di antara kelebihan bulan Ramadhan

  • Bulan yang dipilih untuk umat Islam menunaikan slah satu daripada rukun Islam yang kelima iaitu ibadat puasa.
  • Berlakunya peperangan pertama dalam sejarah umat Islam dalam menegakkan akidah iaitu Peperangan Badr al-Kubra. Dalam peperangan tersebut umat Islam yang sedikit jumlahnya mampu mematahkan bala tentera orang-orang musyrik Quraish dengan jayanya.
  • Bulan ini juga menyaksikan kejayaan Rasulullah mengambil alih penguasaan Kota Mekah daripada orang-orang kafir Quraish. Ia dikenali dengan Fathu Makkah. Rentetan daripada itu, agama Islam telah dapat disebarkan dengan meluasnya ke seluruh pelosok dunia.
  • Bulan Ramadhan telah dipilih untuk diturunkan mukjizat Rasulullah yang kekal iaitu al-Quran.
  • Bulan Ramadhan juga adalah satu-satunya bulan yang disunatkan kepada umat Islam mendirikan solat tarawih di malam harinya.
  • Bulan Ramadhan adalah bulan yang dipilih berlakunya malam Lailatul Qadr yang mempunyai banyak keistimewaannya.
  • Di bulan Ramadhan, syaitan akan dibelenggu oleh Allah SWT.
  • Allah SWT juga membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka di bulan Ramadhan.

  • ☺ Pengikut ☻

    Edgware Road Shisha

    Laluan