PENJAJAH PENAH MENJAJAH dan MANUSIA YANG MUDAH DIJAJAH
Firman Allah dalam Surah Al Isra' ayat 1 bermaksud:
"Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya ayat-ayat (tanda-tanda) kebesaran Kami, sesungguhnya Dialah Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat."



Palestin dijajah dan diratah oleh kezaliman Yahudi dan Zionis. Peringatan ini bukanlah suatu bentuk sambutan, bahkan ianya untuk membuka mata dan menyedarkan umat Islam seluruhnya bahawa sudah 61 tahun kita membiarkan bumi Al-Aqsa dirosakkan oleh Yahudi dan sekutunya. Apakan tidak, keperitan penderitaan 61 tahun ini bukan hanya ditimpakan oleh penjajah, bahkan mereka bertambah sengsara disebabkan kebanyakan pemimpim negara-negara umat Islam tidak membantu dan membisu akibat takutkan Amerika dan Negara-negara Barat yang lain.Bermula dengan penjajahan oleh British pada 1917, yang kemudiannya membuat penghijrahanYahudi secara terancang masuk membanjiri Palestin, akhirnya menyerahkan bumi Islam ini kepada pendatang Yahudi pada tahun 1947 dan tertubuhlah negara haram “Israel”. Satahun kemudian (1948), PBB dengan rasminya mengiktiraf negara haram "Israel". Peristiwa hitam inilah yang dikenali dengan An-Nakbah (malapetaka), yang berlaku pada 15/5/1948. Setelah 60 tahun penjajahan, rakyat palestin bagaikan merempat di negara sendiri. UnitedNations Relief and Works Agency for Palestine Refugees(UNRWA)http://www.un.org/unrwa/ melaporkan kini terdapat lebih daripada 4.4 juta pelarian Palestin di berpuluh-puluh kem pelarian yang berada dalam keadaan yang dhaif dan menyedihkan, bahkan tidak cukup dari segi kemudahan asas.Sampai bilakah kita harus terus menghitung ulangtahun peristiwa An-Nakbah ini? sampai bila pulakah rakyat Palestin harus menanggung derita dan sengsara walaupun bilangan umat Islam hari ini bukan sedikit? Ayuhlah kita memainkan peranan membantu sedaya upaya kita mengembalikan Palestin kepada rakyatnya yang berhak. Baik melalui bantuan kewangan,makanan, pakaian, tulisan, ceramah, peringatan melalui media massa, blog dan sebagainya,sudah pasti setiap usaha kita akan dikira dan bernilai di hadapan Allah S.W.T.


Allaahumma ya Aziz ya Muntaqim!, satukanlah hati-hati umat Islam dengan ikatan yang satu, demi mempertahankan tanah suci Baitul Maqdis. Berikanlah kepada kami kemenangan yang hakiki dan seterusnya memperoleh kejayaan abadi di Akhirat nanti. Lembutkanlah hati- hati kami untuk sentiasa menghulurkan pertolongan dan bantuan kepada saudara kami di Palestin dan jadikanlah kehidupan kami sebagai secebis perjuangan untuk membebaskan bumi yang tercinta Palestin.
Firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 78 bermaksud:
"Telah dilaknat orang-orang yang telah kafir dari Bani Israil melalui lidah Dawud dan Isa bin Maryam, demikian itu disebabkan perbuatan mereka yang ingkar dan sesungguhnya mereka itu orang-orang yang melampau."


0 Responses

Post a Comment