Poem
Ramadhan.
Betapa syurga merinduimu
mereka yang sujud di sis_Nya
yang mengintai malam-malam syahdu
dahaga setitik pahala
Ramadhan berdiri di muka pintu
berwajah ayu, bening dan mesra.
Menggalas rahmat seribu restu
mereka yang mendambainya
Betapa uncang ibadat itu
yang sarat buah-buahan syurga
enggan dipungut sebanyak mampu
ingat, kita kian tinggalkan usia.
Insan cakap mendekati Tuhan
tatkala berlabuhnya Ramadhan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
TERIMA KASIH PEREMPUAN
Terima kasih, perempuan
meski berkali aku terkhilaf
namun tidak kau lepaskan kejap tekad
mengajak aku menjauh
dari gelap yang hitam dan pekat
tidak jemu menggesa
agar aku menjadi jaga
tatkala berkali
kembali aku dirasuk alpa.
Terima kasih, perempuan
kerana denganmu tidak lagi kudampa
api syahwat dan cinta yang laknat.
Tetapi kini kuingin sering
lebur di dalam taubat
bersama zikir dan khusyuk solat.
0 Responses

Post a Comment

  • ☺ Pengikut ☻

    Edgware Road Shisha

    Laluan